Rabu, 22 September 2010

Bagaimana Menyayangi Seseorang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan.
Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, maka anda akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya.
Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia memangnya seorang yang istimewa dan biarkan ia kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali coba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia.
Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia.
Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya.
Senantiasa bersangka baik padanya jika kita juga mau dia begitu. Pastikan anda akan senantiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalah lagi dia.

7. Menepati Janji
Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. Kepercayaan
Bercinta dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebuah alasan.
Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda.
Memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat.
Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahwa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dan berupaya untuk memenangi cintanya,maka dengan ituharuslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya apapun keadaan.

Semoga posting kali ini bermanfaat dan jangan lupa komentarnya ya.. ^_^
Share:

Temukan Kami di Facebook

Dapatkan Tips-Tips Cinta Terbaru Hanya di TIPS PERCINTAAN !! Jangan Lupa Klik Tombol LIKE nya Yaa..

Daftar Artikel Tips Cinta

Statistik Pengunjung